Status:Selamat datang ke blog kami !! ^_^
Mood:Kerohanian diperhebat,Disiplin dimartabat,Pencapaian dinobat !!

Followers

Tips menjadi pelajar cemerlang

Assalamualaikum pelajar pelajar dan pembaca semua. Untuk menjadi pelajar yang cemerlang tidaklah sesukar apa yang anda bayangkan. Ianya menjadi sukar apabila anda "malas" untuk membuat perkara-perkara berikut.

1. Mempunyai matlamat dan sasaran. Anda mestilah telah menetapkan berapa "A" yang anda mahukan. Anda juga telah merancang di Universiti mana dan mengambil  pengkhususan apa pada ketika itu. Selain itu pelajar cemerlang juga tahu matlamat hidupnya di dunia mahupun di akhirat :)


2. Pelajar cemerlang percaya bahawa anda boleh cemerlang. Anda tidak akan pernah ragu-ragu dengan kemampuan anda dan anda sanggup berkorban apa sahaja untuk berjaya.

3. Memberikan tumpuan sepenuhnya didalam kelas dengan cara :
  • Jangan alih mata
  • Dengar dan fahamkan
  • Awasi minda
  • Awasi diri
  • Buat catatan

4. Ada strategi belajar yang berkesan.Kalau teknik belajar anda betul tapi anda tiada strategi belajar yang berkesan , maka pencapaian anda dalam peperiksaan adalah biasa-biasa saja Strategi itu penting supaya anda boleh cemerlang. 

5. Sentiasa berfikiran positif. Kajian membuktikan bahawa 75% daripada fikiran kita adalah negatif. Oleh sebab itu ramai pelajar gagal kerana tanpa mereka sedar, pemikiran mereka telah dikawal oleh pemikiran negatif. Oleh itu anda mestilah membuat gambaran dalam minda adalah semuanya positif ;)

6. Berkawanlah dengan rakan yang postif. Sekiranya anda tersalah memilih rakan , maka anda tersalah pilih masa depan dan musnahlah harapan anda untuk menjadi seorang pelajar yang berjaya melainkan anda dan rakan anda berubah :) Tidak salah mempunyai rakan yang ramai , tetai cukuplah beberapa yang rapat dengan anda. Berkawanlah dengan rakan yang punya matlamat dan berjaya dalam pelajarannya.

"Berkawanlah dengan penjual minyak wangi nescaya baunya akan terkena pada diri anda"


7. Pengurusan masa sangatlah penting dalam kehidupan , bukan sahaja untuk menjadi cemerlang tetapi ianya merupakan keperluan dalam hidup. Pepatah ada mengatakan "masa itu emas" , Oleh itu masa hendaklah digunakan dengan sebaik mungkin. Pelajar yang cemerlang mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 5 jam sehari ulangkaji di rumah dan lebihnya membuat aktiviti yang berfaedah.

8. Setiap pelajar di dunia ini berlainan agama. Bagi agama Islam , anda hendaklah meletakkan Agama nombor 1 . Niatkan apa yang anda pelajari kerana Allah swt , kerana agama , dan keluarga :) Redha Allah apabila kita membuat sesuatu perkara dimulakan dengan Allah. Islam begitu mudah.


Berdasarkan kesemua tips-tips yang telah kami kongsikan , dengan harapan anak-anak pelajar dapat menjadikan sebagai amalan untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang didunia mahupun di akhirat InshaAllah. Semoga ilmu ini dapat membantu pelajar pelajar terutama pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Tanjung :)





2 comments:

Unknown said...

terbaekkkk

Unknown said...

Perkhidmatan pos antarabangsa paling murah!
Gunalah Viabox. Antara kelebihan Viabox adalah 100% keahlian percuma, tiada caj pemprosesan dan tiada caj tersembunyi. Barangan anda dijamin selamat dan penghantaran dijamin laju. Maklumat lanjut boleh di dapati di www.viabox.com.