Status:Selamat datang ke blog kami !! ^_^
Mood:Kerohanian diperhebat,Disiplin dimartabat,Pencapaian dinobat !!

Followers

Amalan Nik Nur Madihah

Assalamualaikum ;)

disini saya ingin Berkongsi beberapa Amalan Nik Nur Madihah yang membuatkan Beliau mendapat keputusan yang Cemerlang dalam Peperiksaan Spm beliau


1. SOLAT tengah malam, menghafal al-Quran, amalan puasa sunat Isnin dan Khamis, membanyakkan ibadah sunat, menjauhkan diri daripada riak, menggabungkan sistem pendidikan duniawi dan ukhrawi serta reda dengan ujian Allah.

2.
Itulah antara rahsia kejayaan pelajar yang mencipta kecemerlangan luar biasa apabila mendapat keputusan 20A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2008, Nik Nur Madihah Mohd Kamal dari Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa, Kelantan.

3.Rahsia itu dikongsi anak pasangan Mohd Kamal dan Mariyani Omar, dalam buku Nik Nur Madihah Permata Generasi Rabbani. Kekurangan dari segi material bukan penghalang untuk maju dan itu sewajarnya menjadi pegangan umat Islam seperti Nur Madiah yang sentiasa tahan diuji kerana berpegang erat kepada firman Allah bermaksud: "Janganlah berputus asa dengan rahmat Allah." Setiap berlaku ada hikmahnya kerana sesungguhnya Allah lebih tahu kenapa dan mengapa sesuatu itu berlaku.

4.Justeru, daripada pengalaman pelajar cemerlang itu, tidak dapat disangkal selain memiliki kemahiran belajar serta otak bijak kurniaan Allah, memegang Islam sebagai pegangan jitu dalam kehidupan penting untuk mencapai kecemerlangan.

5.Ciri generasi Rabbani, walaupun bergelumang dengan buku dan pelajaran, tetap berpegang teguh kepada ajaran agama. Buku dibaca, sampai waktu solat tidak dilupa, pelajaran ditelaah dan amalan sunat terus ditunaikan.

6.Memetik kata-kata Nik Nur Madihah mengenai resipi kejayaannya: �Resipi kejayaan saya adalah menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia. Dengan Allah saya cuba menjadi seorang hamba sebaik mungkin yang yakin dengan kekuasaan Allah.

7.Sementara hubungan sesama manusia, saya cuba tidak menyakiti hati orang lain, tidak sombong serta menghormati orang tua.

8
.pelbagai kegiatan anak sulung daripada empat beradik itu tidak menjanjikan perkara istimewa, sebaliknya menggambarkan kehidupan insan biasa tetapi memiliki semangat kental untuk mencapai kejayaan.

BENGKEL OUTREACH MEREKAYASA BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI HOTEL SELESA, PASIR GUDANG

Peserta Daerah Pontian


  • SMK Telok Kerang - Luqman Harith bin Nordin dan Mohd Zulazizi Bin Bakin
  • SMK Sri Tanjung - Nasyirah Syamimi binti Sanusi dan Nursyahira Izzati Binti Ngadimon
  • SMK Benut - Muhammad Syafiq Bin Jalal dan Nor Azmi Bin Abdul Rahman 
  • SMK Sri Perhentian - Muhammad Haziq Bin Muhammad Hafiz dan Nur Afrina Binti Ikhsan
  • SMK Dato' Pengawa Barat - Mohd Asrulnor Haliff Bin Ahmad Sani dan Nooraina Nabiha Binti Rusli

Guru Kaunseling Sekolah Daerah Pontian

  • SMK Telok Kerang - Pn Kasidah Binti Sadimon
  • SMK Sri Tanjung - Pn Ruziah Binti Ahmad
  • SMK Benut - Pn Asiah Binti Aziz
  • SMK Sri  Perhentian - Pn Rozita Binti Umar
  • SMK Dato' Penggawa Barat - En Rahmat b Sarbani




PROGRAM MOTIVASI PERMATA HATI



Piagam Pelanggan Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Tanjung Benut

  1. Setiap pelajar akan diberikan pendidikan secara percuma
  2. setiap pelajar akan disediakan dengan sisten pengajaran yang berkualiti
  3. setiap pelajar akan diberi peluang menyertai kegiatan persatuan / kelab / sukan dan permainan
  4. Setiap pelajar berhak mendapatkan khidmat nasihat akademik dan kaunseling pada bila-bila masa diperlukan.
  5. Setiap ibu bapa / penjaga pelajar akan diberi layanan mesra pada hari-hari persekolahan.
  6. Kami komited menjadikan SMK SRI TANJUNG sebagai sekolah yang cemerlang dan gemilang dengan menyediakan perkhidmatan pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia yang memberikan kepuasan kepada pelanggan dan jabatan kami