Status:Selamat datang ke blog kami !! ^_^
Mood:Kerohanian diperhebat,Disiplin dimartabat,Pencapaian dinobat !!

Followers

FAQ

  1. PRS singkatan daripada apa ?
         -PRS adalah singkatan bagi Pembimbing Rakan Sebaya.

     2.  Apakah fungsi PRS ?

       -Fungsi PRS adalah untuk
        a) Sebagai kawan yang berkesan dan sebagai saluran informansi untuk mencurah kan perasaan.

        b) Penghubung kepada khidmat dan bimbingan kaunseling (rujukan)

        c) Sebagai peninjau rasa rakan-rakan untk membolah kan guru kaunseling menjalankan program-program yang relevan.
  
        3. Apakah maksud yang tersirat dalam logo ?

         -Gambar dua individu yang berpegang tangan bermaksud membantu diri dan membantu orang lain.
         -Warna ungu merupakan warna rasmi bimbingan dan kaunseling.
 
        4. Bagaimana cara pemilihan PRS ?

         -Cara pemilihan PRS berdasarkan
          a)Melalui sosiometrik
          b)Secara sukarela
          c)Dipilih oleh pengetua,guru-guru atau guru kaunseling.  
          d)Dipilh oleh ahli jawatankuasa kelab bimbingan dan kerjaya.


        5.Apakah aspek pertolongan yang boleh diberikan oleh PRS?

        -Pertolongan yang boleh diberikan oleh PRS ialah

         a)Pertolongan secara tidak formal
             1.Menjadi kawan yang peka
             2.Mendengar dengan empati dan memberi sokongan.
             3.Melihat masalah dengan lebih objektif
             4.Mencadangkan rujukan

           b)Pertolongan secara formal
               1.Melalui projek seperti projek tutor,projek adik angkat,projek orentasi dan perbincangan dalam kumpulan



          6.Apakah faktor kejayaan PRS?

            Faktor yang mempangaruhi kejayaan PRS adalah
                1) Sokongan pucuk kepimpinan kerana latihan PRS adalah berterusan.
                2) Sokongan pengetua.guru,ibubapa dan pelajar.
                3) Peranan guru kaunseling dalam menjalankan aktiviti susulan.
                4) Sistem pengiktirafan.

             7.Apakah perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh PRS ?

                - Perkara-perkara yang boleh dilakukan ialah
                  1)Menjadi fasilatator yang bersifat terbuka,yakin dan percaya diri,berasa selesa dan berempati.
                  2) Menerima rakan secara terbuka tanpa syarat.
                  3) Mendengar, menjelas dan membantu rakan melihat beberapa alternatif sebelum membuat keputusan. 
                  4) Memberi sokongan dan menggalakkan untuk rakan mengambil langkah positif.  
                  5) Mematuhi etika kerahsian.  
                  6) Menyedari bahawa semua masalah boleh diatasi.
                  7) Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah biasa.
                  8) Memimpin rakan melihat masalahnya dengan objektif dan menggalakkannya mencari penyelesaian sendiri.
                  9) Merujuk kes yang berat kepada guru bimbingan dan kaunseling.
                10) Menjalankan projek membantu sambil mempengaruhi rakan yang lain supaya melibatkan diri.
                 11) Mengutamakan kesihatan diri dan memahami limitasi diri untuk membantu.


               -Perkara yang tidak boleh dilakukan oleh PRS ialah
                1)Mengawal,memberi khutbah atau mendesak rakan tentang apa yang harus mereka lakukan.
                2)Membuat kesimpulan awal dan cuba mengubah mereka.
                3)Memberi nasihat atau cadangan penyelesaian untuk diikuti.
                4)Membuat sesuatu yang sepatutnya dilakukan oleh rakan itu sendiri.
                5)Mendedahkan rahsia rakan
                6)Mengharapkan semua masalah boleh diatasi dengan segera.
                7)Terus berbincang dengan rakan yang menghadapi krisis dan masalah emosi mendalam
                8)Bertindak meyelesaikan masalah rakan.
                9)Mengendali masalah rakan sehingga menganggu kententeraman jiwa.
               10)Menjalankan projek bersendirian dan mengenepikan rakan lain
               11)Terlibat dengan masalah rakan secara peribadi sehingga menganggu pelajaran dan perasaan.
8777rstgeg77777777777y5jhtyhjnthntbr