Status:Selamat datang ke blog kami !! ^_^
Mood:Kerohanian diperhebat,Disiplin dimartabat,Pencapaian dinobat !!

Followers

Explorace Kepimpinan dan Pembimbing Rakan Sebaya.

Assalamualaikum jawab sayang , tak jawab dosa..

Pada minggu yang lalu , hari Khamis 20 September 2012 , Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Tanjung telah menghantar seramai 4 orang pelajar dari kelab Pembimbing Rakan Sebaya dan Pengawas yang terdiri daripada Nasyirah Syamimi , Nurul Adiba , Nursyahira Izzati dan Mohd Izzat Hanafi bersama seorang guru pengiring kami iaitu Puan Ruziah bt Ahmad untuk mengikuti Pertandingan Explorace Kepimpinan dan Pembimbing Rakan Sebaya di PPD Pontian.

Sebanyak 14 buah sekolah telah mengikuti Pertandingan ini dan sekolah kami telah mendapat tempat ke-2 daripada 14. Manakala tempat Ketiga ialah SMA An-Nur dan Tempat Pertama ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Perhentian. Disini ada beberapa gambar yang kami ambil sepanjang program dijalankan.
















Usaha yang hebat , hasilnya juga hebat...
Jumpa lagi..

0 comments: