Status:Selamat datang ke blog kami !! ^_^
Mood:Kerohanian diperhebat,Disiplin dimartabat,Pencapaian dinobat !!

Followers

MUZILINGO

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pernahkah anda mendengar atau mengetahui tentang "Muzilingo English Fiesta for Asia" (Meffa)?
Muzilingo ialah program yang telah diterajui bersama oleh Dr Mohamed Sultan dan Gregory SK. Mereka mempercayai bahawa semua orang boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan sempurna dan lancar. Oleh itu, mereka telah mengadakan program ini untuk memupuk keyakinan diri untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris tanpa berasa sengan. Mereka menggunakan muzik dan persembahan di atas pentas untuk melatih diri mengeluarkan bakat terpendam dan mengetepikan rasa malu semasa dikhalayak ramai serta berkeyakinan untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris dengan orang sekeliling.

Pada Khamis yang lalu, 27 September 2012, seramai tujuh orang pelajar dan dua orang guru pengiring dari SMK Sri Tanjung telah mengikuti program Muzilingo di Hotel Pontian. Program ini bermula seawal jam 8:30 pagi sehingga jam 6:00 petang. Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program itu diadakan.
























Explorace Kepimpinan dan Pembimbing Rakan Sebaya.

Assalamualaikum jawab sayang , tak jawab dosa..

Pada minggu yang lalu , hari Khamis 20 September 2012 , Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Tanjung telah menghantar seramai 4 orang pelajar dari kelab Pembimbing Rakan Sebaya dan Pengawas yang terdiri daripada Nasyirah Syamimi , Nurul Adiba , Nursyahira Izzati dan Mohd Izzat Hanafi bersama seorang guru pengiring kami iaitu Puan Ruziah bt Ahmad untuk mengikuti Pertandingan Explorace Kepimpinan dan Pembimbing Rakan Sebaya di PPD Pontian.

Sebanyak 14 buah sekolah telah mengikuti Pertandingan ini dan sekolah kami telah mendapat tempat ke-2 daripada 14. Manakala tempat Ketiga ialah SMA An-Nur dan Tempat Pertama ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Perhentian. Disini ada beberapa gambar yang kami ambil sepanjang program dijalankan.
















Usaha yang hebat , hasilnya juga hebat...
Jumpa lagi..