Status:Selamat datang ke blog kami !! ^_^
Mood:Kerohanian diperhebat,Disiplin dimartabat,Pencapaian dinobat !!

Followers

Selamat Menyambut Ramadhan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera , kita semua telah berada dalam bulan Ramadhan yang sering dinanti nantikan oleh semua umat islam diseluruh negara. Pada bulan Ramadhan kita sebagai umat Islam diwajibkan berpuasa seperti ayat mengatakan :

"Wahai Orang orang yang beriman ! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan kepada orang-orang yang sebelum kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa" Surah Al Baqarah ayat 183


Oleh sebab itu , kita hendaklah menjauhi perkara-perkara yang membatalkan puasa secara sengaja atau tidak dan marilah kita bersama-sama mengamalkan perkara yang disunatkan dan makruh ketika berpuasa iaitu :


Perkara-perkara sunat yang perlu dilakukan semasa berpuasa:
a)                  berbuka dengan buah tamar atau benda-benda manis yang asli
b)                  mempercepatkan berbuka setelah masuk waktu dan melewatkan sahur
c)                  memperbanyakkan membaca al-Quran
d)                  memberi sedekah
e)                  mendirikan solat tarawikh berjemaah

 perkara-perkara makruh yang perlu dijauhi semasa berpuasa:
a)                  bercakap perkara buruk atau keji
b)                  membuang masa dengan sia-sia
c)                  berkumur dengan berlebih-lebihan
d)                  melambat-lambatkan berbuka






0 comments: